'AYAH,SIAPA NAK HANTAR SEKOLAH'

 

KUALA LUMPUR : "Ayah cepatlah bangun, nanti siapa nak hantar kakak ke sekolah" Itulah inilah rintihan puteri Norsyahariah Idham 6, kepada bapa mereka yang terlantar sejak enam bulan lalu selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Mohd Idham yahya 25, bapa dua anak itu terlantar di rumahnya di Taman Wilayah Selayang, di sini selepas otaknya gagal berfungsi akibat gegaran kuat pada kepalanya.

Dalam kejadian pada tengah malam 1 Julai lalu, kereta yang dinaiki bersama majikannya terbabas lalu terjunam dalam gaung berhampiran Gua Tempurung, Perak menyebabkan majukannya terkorban, manakala Idham mengalami parah pada muka selain patah tulang tangan, paha dan kaki.
Isterinya, Syafawati 26, berkata, sebelum kemalangan, suaminya adalah seoran yang penyayang dan rapat dengan dua anak mereka. Namum semua itu hilang dan Idham hanya mampu menggerakkan mata, kaki dan tangannnya saja.

"Sejak terlantar dia tidak boleh makan dan hanya bergantung kepada susu menggunakan tiub khas yang disalur melalui hidung.

"Dia tidak mampu menelan. Air liur pun akan meleleh keluar. Doktor berkata peratusan untuk sembuh sangat rendah, selain bakal kehilangan ingatan dan keupayaan bergerak," katanya ketika ditemui semalam.

Selepas terbabit dalam kemalangan itu, Idham terlantar koma di Hospital Ipoh selama empat bulan dan sepanjang itu dia dijaga Syafawati dan ibu Idham, Jamaliah saidin 57.

Syafawati yang terpasa berhenti kerja berkata, keadaan kewangan mereka semakit rumit ditambah keadaan kesihatan Jamaliah yang tidak menentu.

"Saya terpaksa berhenti kerja kerana ingin menjaga suami. Ibu mentua pun tidak berapa sihat kerana baru menjalani pembedahan membuang batu karang. Ditambah pula dengan anak yang masih kecil, ia memang merumitkan.

"Kami menerima bantuan Baitulmal RM300 sebulan selain bantuan keluarga dan orang ramai. Namun, masih tidak mencukupi kerana kos penjagaan Idham mencecah RM1,000 sebulan," katanya sambil beliau memerlukan wang untuk membeli susu dan lampin pakai buang suaminya, selain perbelanjaan anak setiap bulan.

0 comments :

Post a Comment