KOSMO!: ANGGOTA POLIS PERLU INSURANS PERIBADI.

GEORGE TOWN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhasrat mewajibkan anggotanya dicarum dengan skim perlindungan insurans peribadi sebagai persediaan jika berlaku kejadian buruk termasuk di luar waktu bertugas.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata, langkah itu merupakan pelengkap kepada insurans berkelompok yang diluluskan kerajaan pada Bajet 2013.

Menurut beliau, insurans peribadi penting memandangkan kemalangan semasa bertugas sehingga melibatkan kecederaan serius kerap berlaku.

“Kejadian pegawai atau anggota polis dirempuh semasa bertugas sering berlaku sejak akhir-akhir ini sehingga memberi kesan buruk kepada anggota tersebut.

0 comments :

Post a Comment