Ibubapa Adalah Jalan Pintas Ke Syurga
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. ” Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku ? “.
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Alangkah terkejutnya baginda kerana mendapati pemuda tersebut memandikan sepasang babi jantan dan betina, serta dipeluk dan diciumnya babi tersebut. Ya, sebenarnya babi itu adalah ibubapa kepada kepada pemuda tersebut, tetapi pemuda itu langsung tidak menyisihkan orang tuanya. Bahkan terus berkhidmat dan sentiasa mendoakan agar dosa ibubapanya diampunkan.