TAKAFUL HEALTH2


Apakah Takaful Health2?
Takaful Health2 adalah satu rider perubatan melalui sumbangan tetap yang membayar balik perbelanjaan perubatan utama sekiranya anda dimasukkan ke hospital, menjalani pembedahan 
atau menerima rawatan pesakit luar. 

Siapakah yang layak menyertai pelan Takaful Health2?

Pelan ini dibuka kepada individu yang berumur 1 ke 70 tahun yang menyertai mana-mana pelan PruBSN Link Series kami. Anda juga boleh menyertakan pelan ini bersama PruBSN SmartLink apabila anda hamil 20 minggu di mana perlindungan bagi anak anda akan bermula 14 hari selepas dia dilahirkan. Pilihan deduktibel Zero ditawarkan sebagai pilihan dari umur 19 tahun sehingga 70 tahun sahaja.



Saya seorang yang sihat. Kenapa saya perlu mengambil Takaful Health2?
Dengan Takaful Health2, kami akan memberi ganjaran NCB jika anda tidak membuat sebarang tuntutan pada tahun tersebut. NCB ini akan digunakan untuk membeli unit tambahan untuk Akaun Unit Pelaburan (IUA)

Kos perubatan kian meningkat. Bagaimanakah Takaful Health2 dapat membantu saya?
Kenapa anda ingin menghadkan amaun tuntutan dalam satu tahun? Sertakan TH Annual Limit Waiver pada pelan Takaful Health2 anda dengan pilihan ko-takaful dan kami akan mengetepikan had tahunan. Kini, anda tidak perlu bimbang tentang jumlah tuntutan perubatan yang tinggi dan tidak diduga. 

Apabila TH Annual Limit Waiver disertakan, amaun tuntutan yang melebihi had tahunan akan tertakluk kepada amaun ko-takaful sebanyak 10%. Kami juga akan menyediakan satu lagi pilihan. Sertakan TH Auto Upgrade dan pelan Takaful Health2 anda akan dinaiktarafkan secara automatik pada ulang tahun ke-5 dan ke-10


Berapakah sumbangan yang perlu saya bayar?
Sumbangan yang anda perlu bayar untuk pelan Takaful Health2 ditetapkan berdasarkan umur, status kesihatan, kelas pekerjaan, jenis pelan dan tempoh perlindungan dan juga tertakluk kepada pengunderaitan. Sumbangan perlu dibayar sepanjang tempoh pelan.

Adakah saya akan menerima lebihan daripada pelan ini?
Anda layak menerima sekurang-kurangnya 50% daripada lebihan yang diagihkan (jika ada) pada setiap tahun. Baki sehingga 50% dikongsi bersama kami sebagai insentif untuk mengurus Dana Tabarru’. Bahagian lebihan yang boleh diberikan akan dimasukkan semula ke dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) anda.

0 comments :

Post a Comment